Mesir letak garam pada luka penduduk Palestin (28/08/2014)
cuba menggagalkan misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza
Sebaik-baik menjejakkan kaki ke bumi Mesir iaitu negara jiran islam terdekat dengan Palestin, para sukarelawan Malaysia terkejut dengan sikap dan layanan kerajaan Mesir terhadap penduduk Gaza serta pihak yang bersimpati dengan penderitaan mereka.
Sebenarnya, dari awal lagi Mesir cuba menggagalkan misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang diketuai Kelab Putra 1Malaysia (KPM) apabila kastam negara itu bertindak menahan kargo bekalan makanan dan ubat-ubatan yang mahu dihantar ke Gaza.
Begitu juga dalam soal kelulusan bagi membolehkan para sukarelawan seramai 83 orang memasuki Gaza sehingga memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa campur tangan dengan menghubungi sendiri Presiden, Jeneral abdel Fattah al-Sisi.
Jaminan lisan yang diberi Abdel Fatah kepada Najib kononnya 72 sukarelawan dibenarkan memasuki Gaza juga sekadar wayang. Ini kerana semua sukarelawan Malaysia ditahan sebaik-baik sahaja tiba di El-Qantara atas alasan keselamatan.
Hanya Datuk seri Abdul Azeez Abdul Rahim selaku ketua misi, Duta besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar ku Shaari Serta Duta Palestin ke Malaysia, Dr. Anwar Al-Agha dibenarkan melintasi Terusan Suez, melalui Semenanjung Sinai dan seterusnya ke Gaza.
Kelulusan itu pun hanya diperoleh selepas sesi rundingan panjang memakan masa lima jam. Baki 80 lagi sukarelawan yang majoriti para doktor pakar diarah balik ke Kaherah oleh tentera Mesir.
Meskipun Mesir merupakan sebuah negara islam yang laungan azannya boleh didengari setiap lima waktu di hampir segenap inci Bumi di mana terletaknya ibu pejabat Liga Arab itu, kecintaan kerajaan Mesir kepada penduduk Gaza seperti tidak wujud.
Sedangkan negara islam itulah yang menjadi tempat bergantung harap 1.8 juta penduduk Gaza kerana satu-satunya pintu untuk mereka berhubungan dengan dunia luar terletak di Rafah, tetapi Mesir lebih rela menambahkan penderitaan rakyat Palestin.
Bukan sahaja tidak bersungguh dalam membantu walaupun jarak antara Al-Arish dengan Gaza cuma 45 kilometer, sebaliknya Mesir lebih sanggup menjaga hati Israel demi kepentingan geopolitik sehingga mengenepikan semangat persaudaraan Islam.
Tidak cukup dengan menutup sempadan Rafah dan mewujudkan pusat kawalan keselamatan tentera sehingga berjumlah 34 kesemuanya, Mesir juga cuba bermain politik dalam soal kemanusiaan selain diketahuai cukup dingin dengan pergerakan Hamas, hinggakan dalam soal mahu membantu anak-anak Palestin yang cedera akibat kekejaman Israel sekalipun, kerajaan Mesir cuba Menghalang dengan mengenakan pelbagai peraturan ketat yang sukar untuk diterima akal.
Negara itu melarang keras mana-mana pihak menempatkan warga Palestin, baik orang tua mahu pun kanak-kanak bermalam di negara itu sama ada di hotel atau bangunan kedutaan jika mereka ingin di bawa ke negara ke-tiga untuk diberi rawatan susulan.
Sebaliknya, setiap warga Palestin yang cedera akibat kekejaman Israel perlu diterbangkan terus ke negara ke-tiga berkenaan.
Mesir sedar dengan menguat-kuasakan peraturan tersebut , usaha untuk membantu rakyat Gaza yang tercedera menjadi terlalu sukar kerana negara Palestin tidak mempunyai sebarang lapangan terbang.
Pilihan yang ada untuk berbuat demikian adalah dengan menggunakan perkhidmatan lapang terbang di kaherah tetapi disulitkan pula dengan tindakan melambat-lambatkan proses dokumentasi.
Itulah juga cabaran yang terpaksa dihadapi pasukan misi kemanusiaan Malaysia ke Gaza yang diketuai Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) dalam usaha membantu kanak-kanak Palestin termasuk niat murni untuk membawa pulang sehingga 100 kanak-kanak Gaza.
"Mesir tidak benarkan kita tempatkan anak-anak Gaza inibaik di hotel atau kedutaan Malaysia meskipun di bawah pemerhatian rapi doktor kita, biar pun untuk sementara waktu bagi menyelesaikan urusan dokumentasi.
"Kalau kita ingin juga bantu anak-anak Palestin yang cedera ini, mereka mesti diterbangkan terus ke Malaysia dan tidak boleh bermalam di Mesir," demikian keluh Penasihat Kesihatan KP1M, Dr. Mohamed kassim Abdul Rahim kepada penulis,
Sebab itu, bagi penulis jika masyarakat dunia mahu melihat bangsa Palestin bebas merdeka, langkah pertama ialah menekan Mesir terlebih dahulu kerana selagi negara itu berterusan menabur garam pada luka rakyat Palestin, Selagi itu impian untuk membebaskan bangsa Palestin akan kabur.
- Mohd. Asron Mustapha
" Egypt negara Islam? Macam ni ke negara Islam?? Berjiran dengan Palestin, tapi tak membantu. Di tambah pula bantuan kemanusiaan dari Malaysia pun nak sekat. Kenapa kejam sampai macam ni? Malaysia yang jauh dari Palestin tapi sanggup datang tolong dan lebih prihatin daripada negara-negara arab yang berjiran dengan Palestin. Egypt sanggup bersekongkol dengan Yahudi laknatullah. Kerajaan Mesir pun setaraf laknat dan celaka dengan Zionist. Negara Islam konon. Negara Islam atau tidak bukan lagi persoalan. Pihak dari Mesir ni bukan lagi manusia yang berhati perut.. "
Related keywords : Egypt islamic country? , middle east conflict
No comments:
Post a Comment